Tuesday, June 28

Join them in their Sadness. please?

Assalamualaikum. hye. :) hari ni, nak post pasal Anak Yang Baik Mendengar Kata.  haha. okayy. moto Shams. :) okayy ni cerita die -->


I September 1994.
Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut.
Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng - gelengkan kepala
Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan,
kata saya di dalam hati.
Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka.
” Bincang apa tu ?Serius aku tengok,” saya menyapa.
” Haaa… Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?”
kata Jaimi, kawan saya.
” Budak perempuan ?Tak boleh keluar dari kubur ?Aku tak fahamlah,” jawab saya.
Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.
” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ”
di kubur kat kampung Batu 10 tu,ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia,tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “
” Kenapa jadi macam tu ? ”saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam.
Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya...
Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan,budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan.
Bagaimana pun,ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.
” Bukannya banyak, RM 20 aja mak !” gadis itu membentak.
” Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya, perlahan.
Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal.
Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.
” Maaak… kawan-kawan semuanya keluar.Saya pun nak jalan jugak,” kata gadis itu.
” Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.
” RM 20 aja !” si gadis berkata.
” Tak ada ,” jawab ibunya.
” Emak memang kedekut !” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
” Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan,gadis tersebut menyanggah, katanya,
” Ahhh… sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! ”
” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung ,
tapi belum pun habis kata-katanya,si gadis memintas lagi, katanya ; ” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !”
Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu.
Si ibu jatuh ke lantai .
” Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada.

ajahnya berkerut menahan sakit.
Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai.Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes.Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding.Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar.
Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi.
Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut.
Si gadis panik.Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut.
Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu.
Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.
” Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi.
Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik,
tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur,ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur.
Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu.
” Tapi bila budak perempuan tu tolong,mayat ibunya serta-merta jadi ringan.Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.”

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazh ibunya.
Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.
Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut,
tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat .
Ia seperti di paku ke tanah
Si gadis mula cemas.
” Kenapa ni ayah ?” kata si gadis.
Wajahnya serta-merta pucat lesi.
” Apa pasal,” Si ayah bertanya.
” Kaki Saida ni.. tak boleh angkat !” balas si gadis yang kian cemas.
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh.
Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.
” Ayah, tarik tangan saya ni
Kaki saya terlekat… tak boleh nak naik,” gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.
Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal
Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah.
Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.
” Ayah… kenapa ni ?? !!
Tolonglah Saida , ayah..” si gadis memandang ayah dan dik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.
Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur.
Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah,
kaki si gadis tetap terpasak di tanah.
Tangisannya bertambah kuat.
” Tolong saya ayah, tolong saya…kenapa jadi macam ni ayah?”kata si gadis sambil meratap.
” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal .
Sekarang ayah pun tak tau nak buat macam mana,”jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.
Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.
” Emak… ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis
Sambil itu di peluk dan di cium jenazah.
Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.
” Maafkan Saida emak,
maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal…
Saida menyesal..
Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.
Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik keluar.
Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar.
Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa.
Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal,
imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.
” Kita kambus sedikit saja,sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi.Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja…kalau hujan macam mana ? ” kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
” Habis anak saya ?” tanya si bapa.
” Kita akan terus cuba tarik dia keluar.Kita buat dua-dua sekali,mayat isteri awak di sempurnakan,anak awak kita selamatkan,” balas imam.
Lelaki berkenaan bersetuju.
Lalu seperti yang di putuskan,
upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja,
cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya
Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur.
Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan.
Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata.
Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar.
Tapi tidak berhasil.
” Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan.
Dah lapar sangat.
Lepas itulah aku singgah ke kedai ni.
Lepas ni aku nak ke kubur lagi.
Nak tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.
” Aku pun nak pergilah,” kata saya.
Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.
Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana
Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ.
Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.
Setelah penat berusaha,akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan.
Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan
terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun.
Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.
Nasib saya memang baik hari itu.
Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.
” Pssstt… Raie… Raie.. Psstt,” saya memanggil
Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.
” Boleh aku tengok budak tu ?” saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.
” Mana boleh
Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik.
Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.
” Sekejap aja.
Bolehlah…”saya memujuk.
Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah.
Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Namun demikian dada saya berdebar kencang.
Pertama ,risau, takut di halau keluar.
Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.
Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran,
akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan.
Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.
Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik.
Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau.
Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk.
Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.
Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak.
Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih
“Emak… ampunkanlah Saida,saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal..”
Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak,
gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya.
” Emak… lepaskanlah kaki saya ni.
Ampunkan saya, lepaskan saya,”

Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.  Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur.
Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.
” Sudahlah tu Saida… makanlah sikit nak ,”
rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air.
Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan.
Malah memandang ke atas pun tidak.
Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.
Hampir menitis air mata saya melihat Saida .
Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.
Begitu besar kekuasaan Allah.
Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas ‘tunai’.
Malangnya saya tidak dapat lama di sana.
Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu,
pegawainya mahu saya berbuat demikian.
Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut.
Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap
” Ampunkan saya emak,
ampunkan saya saya, Ya Allah,
lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf…”
Lantas saya menoleh buat kali terakhir.
Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar
tapi seperti tadi, tidak berhasil.
Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.
Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.
Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing.
Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk
membuat liputan tetapi tidak di benarkan
Mereka merayu bermacam-macam cara,
namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.
Matahari kian terbenam,
akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.
Saida masih begitu.
Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata.
Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.
Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan
mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati.
Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa.
Namun telah di sebutkan Allah
menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar.
Saida tetap tidak dapat di keluarkan.

Embun mula menitis.
Saida kesejukan pula.
Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung.
Namun dia tidak dapat tidur.
Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah yang berlaku keesokannya Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu.
Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.
Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia.Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakarkepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari
Mungkin juga kerana tidak makan dan minum
Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.
Allah Maha Agung…
sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir barulah tubuhnya dapat di keluarkan
Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain. Kuburnya kini di penuhi lalang.
Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai,tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

Yang ni, dah basa Dengar.

Bapak lak ai =='


Doa tu Penting, tau. :)

Makanan tak di sediakan je pun. =='

Amboii~

jom lah kita sama-sam DOA, insya Allah, kita menjadi anak yang Soleh dan Solehah. Amin~

so,tata......................:D

Friday, June 24

an inspirational poems. :)

assalamualalaikum . :)

korang dah buat oral english for the second time? okay. kiteorang belum lagi. islah. biase lah. ni oral kiteorang -->

Start where you stand and never mind the past,
The past won't help you in beginning new,
If you have left it all behind at last
Why, that's enough, you're done with it, you're through;
This is another chapter in the book,
This is another race that you have planned,
Don't give the vanished days a backward look,
Start where you stand.


The world won't care about your old defeats
If you can start anew and win success,
The future is your time, and time is fleet
And there is much of work and strain and stress;
Forget the buried woes and dead despairs,
Here is a brand new trial right at hand,
The future is for him who does and dares,
Start where you stand.



Old failures will not halt, old triumphs aid,
To-day's the thing, to-morrow soon will be;
Get in the fight and face it unafraid,
And leave the past to ancient history;
What has been, has been; yesterday is dead
And by it you are neither blessed nor banned,
Take courage, man, be brave and drive ahead,
Start where you stand.

buat lah oral cepat-cepat. senang nanti. saye buat dengan mun. takperlu kan bagi tau. :) nak tengok poem lagi? search lah . XD

credit to : pinkpoem

so,tata................................:D

red velvet cupcakes. YUMMY !

assalamualaikum. jawab ye, comel :)

wah. nampak sedap kan. :D :D


okay, jom tengok ingredients red velvet nih.

Bahan A – Untuk diayak bersama.
250 gram tepung gandum – cikmin guna tepung kek
1 tsp baking powder – tak guna
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder
Bahan B -campur dan kacau sebati.
240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah
Pilihan kedua – sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu cair dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -
113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -
1 tsp cuka
1 tsp baking soda
Topping – Cream Cheese Frosting.
227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone – cikmin tak dapat stok ni kat bakery sini
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream

nak tengok preparation nak buat? click disina :)

jom tengok gambar pulak. biar terliur. :) -->

topping : bluberry. emmm.

ni chesse cream die banyak sangat. tak sedapp

uuu. oreo pun ade ! special for birthday party.

nah.....ummm

wah. nampak best kan.

ade choclote + chesse

complicated sangat lah. =='

nah satu. satu je okay. :)

uuu. macam dorayaki kan? :)

susu + cake red velvet= yummy.

13 MAY 1997--> present mane? :(


flower tu, tak sedap. jangan makan. :)

wah choclote. :) :)



actually, ni feveret my sis. kelas diorang nak jual masa hari koop. 27 jun 2011. jangan datang ehh. ni special for shamsians JE. :) nampak sedapkan. nekcik i buat pun sedap. tapi, cream die, kureng. ehh, tapi, sedap okayy.

okay, nak info lagi, click kat sana lah :) or kat sini pulak :D

so,tata......................................:D

Thursday, June 23

JOM SHARE ! :)

assalamualaikum bloggers !
hye. hari ni, nak share something. sikit je pun. BACE TAU kalau korang comel  (haishh. tu tak ikhlas.) Bace dengan perasaan TENANG. :)

Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.




Gambaran Hari Kiamat



✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.



✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.



✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.



✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.



✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.



✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.



✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.



✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.



✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.



✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.



✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.


ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.


ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.


ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.


ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.


ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).


ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

p/s : tak paham lah. kenapa LELAKI JE?

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.



✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.



✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.



✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.



✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.



✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.



✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.



✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.



✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.



✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.



✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.



✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.



✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki

akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.



✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.



✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.


ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.


ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.



✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.



✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.



✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

sumber : blog akq afifah <-- click click:)

SHARE ye, manusia. Ramai tau insaf bile bace entry ni. so, come on! BACA

so,tata.............................:D

Saturday, June 18

Result :)

assalamualaikum. hey budak. :)
haha. dah nampak title tuh. =='  mestilah bace title dulu kan. hee~ actually, bosan sangat bukak FACEBOOK tuh. then update lah kejap. dah nak tido lah. so, tak bole panjang panjang.





RESULT !

BM. tak yah tanye lah kan. TAK pernah dapat A dalam sumatif. ==' okay, fine tapi bersyukur okay. :) bm paper 1 dapat 31. paper 2, err. entah. then, bile dah campur, tolak di bahagi dan di congak dapat lah B. :(  hmm.

English pulak? okay, pun tak pernah A. yelaa. aku kan tak pandai macam korang. :( dapat result cukup cukup makan je. paper 1 dapat 30 berape tah. paper 2, pun malas nak ingat. tapi, tetap B. ( >.< )


math? alhamdulillah. barulah hepi sikit . happy sikit je pun. ==' dapat A. :)



okayy. sekarang SCIENCE. Grr. :( dapat 68 je. macam mane lah nak jadi doktor nih? ==' belum study bio, kimia, fizik. hambikk kau. lagi feningg aku. -_-



bak pulak. (bahasa arab komunikasi) cukup makan je. macam telur kat hujun tanduk. tolak sikit je, dah jatuh. tak stabil. tu belum tolak banyak. :p


pai? pai kelas Islah ramai woo dapat A. proud to be islahianz. woo woot. huhu. tapi, pai kan bole target. PMR no hal lah buat korang kan? :)


Geografi? memang kecewe. :( tak dapat a. 3 orang je dapat A. bayang kan? akak tiqah pun terkejut. die cakap geo senang? woi, peta tu punye lah payah nak ingat. peta dunia pulak tu. =='

sejarah? alhamdulillah. kelas terbaaeekk lepas ihsan. wee wiit. hoho. sejarah lagi senang dari geo kan? siape setuju, JERIT "saya suka sejarah" haha. gilerr.

lastly, KHB. okayy. ERT tak pernah A, form one pun. teruk kan? :'( yelah, korang kan pandai. aku mane terer bab jahit, and masak masak nih. bayang kan. tak ppernah A.  hish. memalukan.


okay. conclusion nye, kene STUDY HARD for the next exam. tak silap bulan 7. bapak lak ai. bulan depan , weh. study study. result keseluruhan : 4A5B. <-- PMR macam mane lah ni. :( jeles tau tengok orang yang success. selalu dapat srect A. woo. memang excellent ! okay fine. lepas ni kene study hard. bukan study smart lagi yea. support tau. :) study hard sampai pecah otak ..... -->

so,tata...................................:D


Tuesday, June 7

lalat boleh terbang? no way.

assalmualaikum.

hello hellooo ! morning ya/ :) tadi saye ade search kat google. taip lah -->bila bosan nak buat ape.
then. keluar pulak bende ni. -->  http://blog.sepaku.net/taip_jer/bila-bosan-semua-boleh-jadi/ (bukak lah)

then, die cakap bile bosan kat rumah takde bende nak buat. maklum lah. cuti sekolah kan. homework entah siap entah tak kan. :) then, boleh buat bende ni . jom tengok bende ape yang BEST sangat tuh. err.

1. Mula2…cari lalat, tibai bagi mampoih, tapi jangan sampai terpenyet…


2. Ambik kertas, susun lalat2 yang mampoih tadi ikut kesukaan…

3. Lukis apa patut menggunakan imaginasi/kepala otak bergeliga tu…

4. Hasilnya…..tadaaaaa….. mcm kat bawah ni… kalau nak meriah lagi…boh lam frame….

5. Bleh gak guna menatang lain…contohnya lipas, lipan, katak, belalang, kutu, riang2… nak besaq lagi..bleh guna kera, labi-labi, kambin biri2 ka….


haha. GELI TAK? eeerrr!

meh, saye bagi tengok gambar hasil-hasil yang dah siap. jom TENGOK !


lalat tunggang kuda ! whoa~ haha

bapak dengan anak. bhahaha

erk? ni main lompat lompat kot. :)

erm. ni tengah tido apo??

tak senonoh. eeyuu.

tolong menolong. Bagus bagus

ni abende ni?

lalat pun lari laju tau.! hehehe

mwhahaha. :) geli kot.


hah? dah tengok? nak try tak? haha. try lah. mesti BEST. awesome. haha. tapi, geli kot. erk. lelaki boleh lah. tapi, perempuan macam mane kan?  SELAMAT MENCUBA.

so,tata...........................:D

Sunday, June 5

i'll pretend to hug you until you get here.

assalamualaikum.
hye hye hye. bosan ke ? well, tau lah blog ni tak best kan. but, bacalah post ni dulu. best tau. ;D hehe~

okay, post kali ni pasal :

• budak yang comel lagi cute
• budak mate lawa
• budak yang really really cute
• budak BAIK

whaa~haha. siapakah? korang mesti perasan korang kan? no lah. :D okay, kalau nak tau, teruskan usaha anda membaca entry ni. ;)
I really love you lah. dah lah comel. putih, gorgeous, gebu, chubby. mak aih. banyak kan? okay nak tau siape yang comel sangat? jom lah follow bace.......:D
mereka adalah seorang baby yang comel lagi suci.


jom tengok. hee~
Muhammad Fatih Irsyad

alahai. comel nye!


comel macam Mama die kan? :D

ini, Syarifah Az-Zahra.

lawakan MATA die?

what a lovely siblings.

muhammad nazif imran

nur hana liyana. ayu kan. ^_^

err. semua belum mandi kot? hee~

MEREKA. :D

smart kan? hensem kot.

mase ni time die kecik.

she's very sporting , you know. XD

macam korea kan? -akma-



happy family ever after. :D

ececeh

^_-

oops, :D

mane lagi besa? hihi

ngatuk lah. -az-zahra

erk. i like the way that you sengetkan kepala, hoho

seriously, tak penah ade change nak pegang die.

mane lagi comel? :D

husna yang sporting lagi baik(gamba hilang sudaa)

sikit je lah gamba. kan? 
hah. dah penad tunggu bende alah ni loading. mentang-mentang, internet LAJU. hoho. penad gile. mereka semua, sporting, baik, and sudah semestinye comel-comel. :) i love you bebeyh. err. there's no one can replace your place in my heart. (ecece, ayat tak bole blah). hoho. sayang korang dari dulu, sekarang dan selamanya (ayat kat novel lah). :D

so,tata.............:D